Skillset yang boleh jana pendapatan 4 angka untuk Graphic Designer

Skillset yang boleh jana pendapatan 4 angka untuk seorang Graphic Designer
30 Jun 2021 - Oleh Lutfi Azhar


Siapa kat sini yang rasa nak improve diri sendiri dan tambah skillset baru dalam design?
Macam mana kalau dengan adanya skillset baru ini, anda boleh charge 3k-5k per project. Dan untuk yang dah PRO, min boleh charge 10k per project!
Skillset yang kalis Fiver dan kalis Canva.
Skillset yang memerlukan kemahiran design, creativity dan human touch.
Skillset apa tu?
“Skillset web design untuk ecommerce.”
Kenapa servis buat website ecommerce boleh cecah ribuan ringgit berbanding website biasa atau kerja design yg lain?
Pertama sekali kita kena tengok kenapa ecommerce?
Salah satu sebab adalah, demand tinggi dan ramai bisnes owner yang perlukan ecommerce sekarang ni. Lagi-lagi bila PKP dan kedai tak boleh buka.
Walaupun ada yg suggest guna marketplace seperti Shopee tapi bisnes owner terpaksa bersaing dengan kilang china dan competitor yang jual harga borong. Tu pun tak termasuk transaction fees yang makin lama makin tinggi.
Demand ecommerce sedang meningkat naik sbb ramai bisnes owner nak buat branding dan fokus pada repeat sales.
Repeat customer = kalis ekonomi.
Dan bila ada demand, baru wujudnya supply!
Cuma pelikkan kenapa masih ramai lagi designer yang belum grab peluang ni? Kan web pun salah satu cabang design?
Pada pemerhatian saya, ramai yang ada skill design tapi tak berminat nak belajar skill web sebab, nak buat web ni banyak benda teknikal @ kena tahu coding.
Ya betul. Nak kena setup hosting, database, install plugin itu ini. Ini standard flow untuk setup sesuatu website. Lagi-lagi ecommerce yang perlukan lebih banyak komponen nak kena setup.
Cuma tahukah anda sebenarnya tahun 2021 ni nak setup ecommerce macam PRO tak perlu skill teknikal sangat macam dulu?
Dan dah ramai web designer yang offer servis ecommerce tapi tak mahir coding pun. Cuma mereka boleh buat design yang power dan convert. Maksudnya website dia boleh menjual. Bukan hanya cantik semata.
Cukup hanya tahu asas dan komponen2 penting dalam membina sebuah web ecommerce yang convert.
Jadi macam mana designer yang tak pandai teknikal tapi boleh charge 3-5k utk servis setup ecommerce?
Salah satu rahsianya adalah dengan gunakan platform HOSTED ECOMMERCE.
Hosted ecommerce platform seperti Shoppegram memudahkan kerja web designer. Hanya fokus pada 3 perkara saja.
1. Consult client
2. Prepare asset
3. Setup website (plug & play)
Ya hanya 3 perkara ini sahaja. Tak perlu fikir hal2 teknikal yang advance seperti server, coding, maintenance dan lain-lain.
Tak kan 3 benda ni je? Ya hanya ini sahaja. Bahagian store setup tu hanya perlu upload product, isi template, setup shipping dan payment. Siap dan terus boleh live.
Mudah kan? Mudah untuk yang ada ilmu.
Ok trick untuk tambah skillset baru ni sebenarnya kita hanya perlu fokus pada kekuatan designer itu sendiri iaitu design.
Kenapa kena fokus?
Contoh mudah...
Fokus jadi interior designer terhebat instead of jadi contractor + interior designer biasa2. Kerja contractor lebih kompleks, perlukan team dan lebih high risk bila jadi kontraktor.
Different skillset different experience needed + modal pun tinggi.
Jadi agak2 skillset buat web ecommerce ni sesuai tak di tambah pada seorang graphic designer yang dah ada skill design?
Lihat trend, lihat market demand dan cuba kita fikir-fikirkan…
#ecommerce