Workshop eCommerce Game ON

Anda Nak Belajar Bagaimana
Cara PRO Bina Website eCommerce Yang Convert Dengan Pantas & Mudah?
Website eCommerce anda boleh terus live dalam masa tak sampai 7 MINIT dengan bantuan teknik dalam modul workshop ini.
Antara hasil design website yang dibina sendiri oleh usahawan kami ?
Masalah yang sering dihadapi oleh usahawan dengan eCommerce...

Susah nak buat website yang boleh menjual sebab terlalu banyak perkara teknikal nak kena belajar dan ambil tahu.

Stuck dan tak tahu nak letak konten apa dalam website untuk naikkan conversion rate dan yakinkan prospek untuk membeli.

Banyak sangat platform eCommerce di pasaran dengan 1001 features yang kompleks & memeningkan kepala.
Jika anda pening dengan salah satu masalah ini...jangan risau, saya akan bantu anda mencari jalan penyelesaian. Sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri saya dahulu.
Tak kenal, maka tak cinta bukan? ?

Hi, saya Lutfi Azhar, saya dah bantu lebih 4,000 usahawan bina website eCommerce mereka sendiri sejak tahun 2019.
Antara portfolio saya adalah seperti...
- Co-founder & CEO Shoppegram Sdn Bhd iaitu platform yang mempunyai lebih 17,000 website yang dibina sendiri oleh usahawan yang dah berjaya membuat jualan terkumpul lebih RM60 juta dalam masa tak sampai 2 tahun.
- Berpengalaman dalam web development, branding dan digital marketing sejak tahun 2009 dan berjaya membangunkan jenama bisnes sendiri dari kosong hingga ke 7 angka dalam masa tak sampai 1 tahun di pasaran.
- Menguruskan client yang membuat jualan 3-5 juta setahun dengan eCommerce serta menguruskan kempen pemasaran untuk pelbagai niche produk seperti F&B, fesyen, digital, health & beauty dan juga lifestyle.
- Certified Shopify Expert Malaysia (Top 3 global eCommerce platform) sejak tahun 2019.
Daripada pengalaman lebih 10 tahun saya dalam bidang web development dan juga perkongsian client & pelajar saya, apa yang saya dapati kebanyakan usahawan gagal dalam eCommerce kerana...

Terlalu fokus kepada perkara teknikal seperti hosting dan fungsi advance yang tak perlu. Banyak masa terbuang tanpa fokus kepada perkara yang sepatutnya.

Tak tahu komponen penting dalam membuat website yang convert. Hanya letak info ringkas 2-3 baris dan mengharap orang terus percaya dan buat pembayaran.

Tak faham teknik dan strategi yang betul untuk menjual produk mengikut niche sendiri. Terikut-ikut dengan orang lain tanpa faham strategi market yang betul.
Jadi, oleh kerana ramai usahawan yang mempunyai masalah yang hampir sama jadi saya buat satu modul khusus untuk lebih mudah belajar mengenai eCommerce dengan cara yang betul.

Gambar bersama peserta workshop eCommerce pada penghujung tahun 2019.
Modul workshop eCommerce yang terkini.
Modul workshop ini telah pun di kemas kini berkali-kali mengikut trend semasa eCommerce sejak 2019.
Asalnya modul ini digunakan untuk keperluan team saya sendiri. Dan kami berjaya jana jualan 7 angka dalam masa kurang 12 bulan.
Kemudian saya share pada partner dan juga gunakan untuk client dan pelajar saya menggunakan strategi yang sama.
Alhamdulillah website mereka kini lebih convert dan jualan mereka meningkat dengan mendadak berbanding prestasi sebelumnya.
Jadi, apakah konten modul yang saya berikan dalam workshop eCommerce saya?
Live Workshop eCommerce Game-ON 2021
- Anda akan dapat bina sendiri website eCommerce untuk bantu gandakan jualan dan bina jenama bisnes anda dengan mudah. Datang pagi, petang website dah live!
- Anda akan didedahkan dengan komponen penting yang perlu ada untuk menghasilkan website yang boleh buat jualan.
- Anda akan dapat belajar tentang apakah yang diperlukan dalam membina jenama jangka masa panjang khusus untuk eCommerce.
- Anda akan didedahkan dengan apakah fungsi penting platform eCommerce yang anda perlukan untuk menaikkan nilai jualan dan conversion.
- Anda akan belajar tentang persediaan penting dan checklist wajib ambil tahu dalam menguruskan sebuah website eCommerce yang berjaya.
5 Modul Workshop eCommerce Game-ON

1. STORE SETUP
Dalam modul ini kita akan terus setup website eCommerce dengan pantas menggunakan platform Shoppegram. Hanya perlu daftar akaun, upload produk dan website anda sudah sedia untuk LIVE dalam masa tak sampai 10 minit.

2. SALES PAGE SETUP
Modul yang paling penting iaitu anda akan belajar tentang cara setup sales page atau web jualan yang convert dengan struktur penting beserta aset yang diperlukan untuk membuat sales page yang boleh convert trafik kepada jualan secara auto.

3. BLUEPRINT SETUP
Anda akan diajar dan didedahkan tentang komponen penting dalam membina website eCommerce yang pro seperti blueprint catalogue store, blueprint sales page, cara setup payment gateway, custom domain, shipping dan sebagainya.

4. CONVERSION & OPTIMIZATION
Ilmu mahal yang kebanyakan usahawan tak tahu. Iaitu cara untuk meningkatkan lagi conversion rate website dari segi taktikal dan teknikal untuk menaikkan nilai jualan dari pelanggan baru mahupun buat customer lama membuat 'repeat buying' berkali-kali.

5. STORE MANAGEMENT
Anda akan belajar perkara-perkara penting yang anda perlu tahu iaitu bagaimana menguruskan order dan juga data customer sehingga ribuan parcel setiap bulan dengan sistematik dan konsisten seperti website eCommerce 7 angka.
Siapakah yang sesuai untuk join workshop ini?
Sejujurnya, workshop eCommerce Game-ON ini hanya sesuai untuk usahawan yang...

- Dah pernah buat bisnes online dan jualan dah lebih RM5,000 sebulan.
- Dapat terlalu banyak leads yang masuk di Whatsapp dan tak cukup tangan nak reply.
- Seorang solopreneur yang terpaksa buat kerja close sale hingga ke penghantaran sendiri.
- Nak buat branding bisnes supaya lebih mudah dipercayai dan bisnes boleh grow untuk jangka masa panjang.
- Terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk membuat after sales service untuk menjaga pelanggan dan dapatkan repeat order.
- Dah tahu asas online marketing dan nak belajar cara mudah dan pantas untuk buat dan uruskan website eCommerce.
Sekiranya bisnes anda ada pada salah satu tahap di atas, maka anda sangat-sangat digalakkan untuk upgrade bisnes anda ke eCommerce dan join workshop ini.
Apa kata mereka yang dah berjaya?
"Boleh ke buat jualan secara auto dengan eCommerce?...ada bukti ke?"
Jawapannya, boleh! Jualan 7 angka pun boleh dicapai 100% dengan eCommerce!
PERHATIAN! Ini hanyalah bukti jualan sahaja.
Dan bukan semua orang mampu capai result yang sebegini tanpa gerak kerja yang betul.
Belajar dan buat tindakan pantas.
Tahniah kepada usahawan yang dah berjaya transform bisnes mereka.
Dan semestinya ia bukan kerja yang mudah! Ada banyak gerak kerja & strategi yang harus dibuat untuk capai result sebegini.
Tapi semuanya bermula dengan belajar cara setup website eCommerce yang betul!
Lihat screenshot hasil jualan terkini dari Januari hingga Mei 2021.
Jualan 7 angka dalam masa 6 bulan! ???
Dah percaya? Dah terbakar? Dah bersemangat? Dah ready nak daftar?
Ok sebelum anda daftar, saya nak bagi lagi 5 Bonus Power PERCUMA untuk semua peserta workshop yang mendaftar sekarang.

1. PERCUMA Video panduan A-Z cara setup eCommerce.
Selain sesi workshop, saya juga sediakan video panduan ini untuk anda rujuk kembali selepas habis workshop nanti. Dari store setup, payment gateway setup dan juga custom domain setup. Semuanya lengkap dari A-Z.
Bernilai RM197

2. PERCUMA Webinar Facebook Ads Khusus Untuk Ecommerce (2 jam)
Sesuai untuk yang masih belum mahir tentang asas facebook ads, boleh dapatkan akses webinar ini untuk belajar step-by-step cara setup facebook ads khusus untuk website.
Bernilai RM97

3. PERCUMA Video panduan A-Z essential setup Facebook Business Manager untuk eCommerce
Untuk mereka yang masih lagi tak tahu cara setup Facebook pixel yang betul, business manager, aggregated event measurement dan lain-lain, saya akan berikan anda akses video panduan ini.
Bernilai RM49

4. PERCUMA Workbook & Checklist pelancaran eCommerce
Untuk memudahkan sesi pembelajaran, anda juga akan diberikan workbook dan juga checklist penting yang anda wajib ada untuk website eCommerce anda.
Bernilai RM49

5. PERCUMA Group support teknikal dari team yang mahir tentang eCommerce.
Sekiranya anda 'stuck' atau kurang faham tentang sesuatu lagi-lagi perkara teknikal eCommerce, anda boleh tanyakan soalan anda terus di sini dan team saya akan bantu anda.
Bernilai RM1297
Nilai bonus yang anda akan dapat dengan mendaftar dalam program ini ialah RM1689!
Jadi anda dah bersedia untuk upgrade game eCommerce anda?
Satu-satunya workshop yang bakal bantu upgrade bisnes anda dengan eCommerce!
Workshop eCommerce Game ON
RABU (Weekdays)
-------------------
Tarikh: 18 Ogos 2021 - Rabu
(9 pagi - 4 petang)
Tempat: Zoom
Tiket normal RM249
Tiket online
RM97
Workshop eCommerce Game ON
SABTU (Weekend)
-------------------
Tarikh: 28 Ogos 2021 - Sabtu
(9 pagi - 4 petang)
Tempat: Zoom
Tiket normal RM249
Tiket online
RM97
Saya tahu ramai usahawan yang tengah struggle sekarang. Saya harap harga tiket online istimewa ini dapat membantu usahawan pada waktu PKP ini.
Dan saya juga berharap anda dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk belajar dan buat tindakan pantas serta daftar terus untuk dapatkan tiket harga early bird ini kerana ia akan dinaikkan selepas promosi tamat.
Jadi klik butang Daftar Sekarang untuk upgrade bisnes anda sekarang!
eCommerce, Game-On!
Anda masih ragu-ragu? Tak perlu risau lagi dengan jaminan kami!

Website anda akan siap dan terus boleh live dan terima pembayaran. Anda hanya perlu buat kerja marketing untuk bawa masuk trafik yang berkualiti sahaja untuk mula menjana jualan secara auto.

Jika anda tidak berpuas hati dengan workshop yang disampaikan di dalam Workshop eCommerce Game-ON ini, anda boleh minta refund 100% dalam masa 14 hari.
Ramai yang dah dapat result dengan belajar dan buat tindakan pantas!
Review & Testimoni - En. Fadhli Sahar.
Review & Testimoni - Puan Isha.
Review & Testimoni - En. Iqmal Hakim.
Review & Testimoni - En. Bahrin.
Soalan Lazim
PENAFIAN: Segala maklumat yang dikongsikan adalah penyelidikan pengalaman dan perkongsian kami sendiri. Maklumat-maklumat yang diberikan tidak menjanjikan dan menjamin jualan juta-juta secara serta merta peserta kerana ini adalah salah satu alternatif panduan untuk menjadikan website peserta lebih berkesan. Jika nak terus tingkatkan jualan maka peserta perlulah menambah lagi pengetahuan di dalam aspek bisnes yang lain seperti marketing contohnya copywriting, email automation, advertising dan lain-lain. Shoppegram Commerce PLT adalah entiti yang tiada kena mengena dengan Whatsapp. Facebook Ads atau Instagram Ads. Ternyata Facebook, Instagram dan Whatsapp adalah milik Facebook.